Sunday 11 December 2011

Laporan

 ZZZT1054  PEMBANGUNAN DIRI
SET 7
2011/2012


Pengenalan kepada Aktiviti
Kami telah diberi tugasan oleh Pn. Najah Nadiah Amran ,pensyarah Pembangunan Diri kami untuk melaksanakan satu projek di mana kami sepasukan harus memilih aktiviti luar yang memberi banyak manfaat kepada kami yang berkaitan dengan topik-topik dalam Pembangunan Diri dan kemudiannya kami sepasukan harus membuat laporan mengenainya. Dengan itu ,kami telah menyediakan laporan yang dikehendaki berhubung dengan 2 aktiviti yang kami telah pilih iaitu pertama ,kami menonton wayang bertajuk ‘Don’t Be Afraid of The Dark’ di Golden Screen Cinemas(GSC) ,Mid Valley .Kami telah memilih Pusanika ,Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai lokasi aktiviti kedua kami iaitu makan makanan mengikut kaum yang terdapat di Malaysia (Melayu ,Cina &India) beramai-ramai


 Objektif Aktiviti
1. Ingin mengaplikasikan nilai-nilai yang harus diterapkan dalam setiap individu yang terdapat dalam pelajaran ‘Pembangunan Diri’
2. Ingin mengeratkan hubungan sillaturrahim antara ahli-ahli kumpulan tanpa mengira kaum
3. Ingin mngetahui dan merasai makanan-makanan mengikut suku kaum yang terdapat di Malaysia seperti Melayu, Cina dan India
4. Ingin menyempurnakan tugaskan yang telah diberikan oleh pensyarah Pembangunan Diri kami ,Pn. Najah Nadiah Amran
5. Ingin meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan kemahiran bersosial antara individu dengan orang lain
6. Melatih diri untuk mendengar dan menerima pendapat orang lain
7. Memupuk semangat berpasukan/berkumpulan antara ahli kumpulan
8. Belajar membuat keputusan dengan betul sacara berkumpulan
9. Meningkatkan persefahaman ,berkongsi pengalaman antara ahli kumpulan dan lebih mngenali ahli kumpulan dengan lebih rapat
10. Ingin mengetahui lokasi-lokasi menarik yang boleh dikunjungi di Malaysia


Sorotan literatur 
Permasalahan Sekitar Menonton Wayang, Filem, Drama, Dan Lakonan Menurut Islam
Oleh: Nuur Fakhrul as-ShiddiQ
- Banyak membazirkan masa
- Mengandungi pendustaan
- Meniru perwatakan orang lain untuk dilakonkan
- Berlaku percampuran lelaki dan wanita serta pendedahan aurat
- Sewajarnya kita mencegah maksiat di depan mata


 Langkah-langkah yang diambil Menjayakan Aktiviti/Mendapatkan Bahan
Kumpulan kami berkumpul bagi menjana dan mengeluarkan pendapat bagi memilih aktiviti yang dirasakan bersesuaian dengan objektif kami.
1.       Melalui bantuan media iaitu komputer riba, kami mencari maklumat yang diperlukan mengenai aktiviti kami ini seperti masa untuk menonton wayang. Kami juga telah mencari sipnosis untuk wayang yang ingin ditonton.

2.       Kami sedikit sebanyak mengadakan sesi berdialog bersama beberapa orang mahasiswa/ mahasiswi UKM untuk mengetahui tempat-tempat yang sesuai untuk kami menjalankan aktiviti kami.

3.       Kami mengadakan perbincangan mengenai aktiviti yang akan dilakukan setelah maklumat dikumpulkan.

4.       Untuk tidak melengahkan masa, kami telah menetapkan masa yang spesifik untuk setiap ahli berkumpul bagi menjalankan perancangan yang telah dilakukan.


Kaedah-kaedah yang digunakan Menjayakan Aktiviti
1. Berkomunikasi antara ahli kumpulan
Kemahiran berkomuniksasi antara ahli dalam kumpulan adalah amat penting bagi mengelakkan pertelingkahan dalam kumpulan. Aktiviti dirancang bersama-sama dan hanya diljalankan setelah mencapai persetujuan daripada setiap ahli dalam kumpulan bagi menjamin keharmonian.

2. Berfikir secara kritis
Setiap ahli memberikan pendapat setelah berfikir dengan kritis. Tindakan in adalah amat penting bagi mengelakkan pembuangan masa serta pembaziran sumber kewangan masing-masing. Dengan adanya kemahiran berfikir secara kritis, perjalanan aktiviti dirancang dengan teliti.


3. Bekerjasama antara ahli kumpulan

Setiap ahli kumpulan telah bekerjasama dengan sebaik mungkin dan mengikut perancangan yang telah dibincangkan bersama. Di samping itu, kami bersama-sama menyumbangkan idea dalam menjalankan aktiviti serta menyiapkan laporan ini.


Laporan Semasa Aktiviti
Aktiviti 1
Menonton Wayang di Mid Valley Golden Screen Cinema(28 October 2011)

11:30 am
Semua ahli kumpulan berkumpul di hentian bas Fakulti Ekonomi & Pengurusan University Kebangsaan Malaysia (UKM)

12:00 am
Menaiki bas 6K ke Stesen Keretapi Tanah Melayu UKM

12.35 pm
Bertolak dari Stesen UKM ke Mid Valley dengan menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM). Kos pengangkutan yang telah digunakan adalah sebanyak RM 6.40 untuk perjalanan dua hala.

1.15 pm
Setelah tiba Mid Valley,  kami pergi Golden Screen Cinema untuk membeli tiket filem. Shan Jie dan Syirah beratur untuk membeli tiket manakala ahli kumpulan yang lain memilih filem untuk ditonton kerana filem yang ingin ditonton sudah penuh ditempah.

Selepas berbincang dengan semua ahli kumpulan , kami berkeputusan memilih filem yang bertajuk

“Don’t Be Afraid Of The Dark” . Selepas membeli tiket filem, kami bersama-sama menjamu selera di Food Court Mid Valley.

2:45 pm
Masa untuk menonton filem “Don’t Be Afraid Of The Dark” . Tempat duduk kami adalah pada baris ke-4. Antara nilai murni yang boleh dipelajari dari filem ini ialah:

1. Kepercayaan
Kepercayaan memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah keluarga. Dalam filem ini mengisahkan cerita seorang budak perempuan yang tinggal bersama ayah (Alex) dan teman wanita ayahnya (Kim). Dalam rumah yang didiami oleh mereka, Sally selalu terdengar bisikan suara oleh orang lain yang mengatakan ingin berkawan dengan dia di bawah tanah rumah. Perkara-perkara pelik yang berlaku terhadap Sally tidak dipercayai oleh ayahnya dan disangka merupakan tentangan Sally untuk tinggal bersama Kim . Hal ini menyebabkan Sally berasa tertekan dan kecewa terhadap ayahnya dan inilah memang situasi yang diharapkan oleh syaitan yang tinggal di bawah rumah Sally. Kekurangan kepercayaan ayah terhadap anak perempuannya telah memberi peluang kepada syaitan menganggu ketenteraman hidup keluarga tersebut.

2. Pengorbanan
Pengorbanan berlaku apabila seseorang ingin melindung orang tersayangnya. Dalam filem ini, selepas Kim membuat penyelidikan tentang makhluk-makhluk jahat tersebut akhirnya percaya terhadap perkara-perkara pelik yang berlaku terhadap Sally merupakan tindakan makhluk jahat yang suka makan gigi budak, dia berusaha melindungi Sally dan ingin membawa Sally pergi dari rumah tersebut supaya tidak diancam oleh makhluk jahat. Demi menyelamatkan anak teman lelakinya (Sally), Kim telah terjatuh ke dalam lubang yang bersambung antara bumi dengan neraka dan akhirnya mati.

4.50 pm
Selepas menonton filem “Don’t Be Afraid Of The Dark”, kami mengambil gambar secara sekumpulan di Golden Screen Cinema sebagai satu kenangan terhadap aktiviti yang dijalankan oleh kumpulan kami.

5.15 pm
Membeli tiket Keretapi Tanah Melayu untuk balik ke University Kebangsaan Malaysia.


Aktiviti 2
Memperkenalkan kepelbagaian jenis makanan yang membayangkan budaya dan bangsa Malaysia di Pusanika Universiti Kebangsaan Malaysia( 1 Disember 2011)

12.30 pm
Berkumpul di Pusanika UKM untuk bersama-sama mencari makanan pelbagai bangsa yang terdapat di UKM.

12:45 pm
Memulakan aktiviti kami dengan mengambil gambar-gambar yang berkaitan dengan jenis makanan yang boleh membayangkan kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia.
1. Zar Bakery
2. Cafeteria Pusanika
3. Restoran Masakan Cina

1:00 pm
Setiap ahli kumpulan dikehendaki memilih sejenis makanan yang digemari dan boleh melambangkan budaya Malaysia untuk dijadikan sebagai makanan tengah hari mereka.

Antaranya adalah:
1. Mee tomyam
2.Nasi Beryani
3. Mee Kari
4.Nasi Ayam
5. Mee Goreng
6. Teh Tarik
7. Air Barli
8. Air Soya
9. Kuih Melayu
10. Roti Canai
11. Nasi Lauk

1.15pm
Selepas membeli makanan, kami meletakkan semua makanan di atas meja dan bersama –sama mengambil gambar dan menjamu selera.

Melalui aktiviti ini, kami boleh menunjukkan budaya yang terunggul yang terdapat di Malaysia serta menunjukkan bahawa Malysia terdapat pelbagai bangsa (Melayu, Cina, India) tetapi kami masih mengemari makanan bangsa lain dan menghayati budaya-budaya bangsa lain. Aktiviti ini telah memberikan peluang kepada kami untuk mengeratkan hubungan antara kaum dan saling menghormati budaya bangsa lain .

2.00pm
Selepas menjamu selera, kami juga pergi Zar Bakery yang bertempat di tingkat satu di Pusanika yang menjual makanan Barat iaitu Kebab, Pizza, pelbagai jenis roti dan kek, coffee, lasagna dan lain-lain.


Perbincangan Secara Menyeluruh dan Terperinci
MINGGU KE-7
-Pensyarah memberikan tugasan berkenaan Projek Pembangunan Diri
-Membuat perjumpaan ahli kumpulan untuk berbincang
-Semua ahli kumpulan perlu membaca dan memahami tugasan yang diberikan
-Setelah itu,ketua kumpulan meminta semua ahli member cadangan masing-masing
-Menyenarai pendekkan cadangan yang dikemukakan

MINGGU KE-8
-Perjumpaan kedua diadakan
-Semua ahli perlu menyatakan kelebihan bagi setiap cadangan yang dipilih
-Satu proses analisis ke atas semua aktiviti yang dicadangkan dilakukan
-Akhir sekali,aktiviti menonton wayang dan aktiviti mengenali makanan pelbagai kaum dipilih

MINGGU KE-9
-Perbincangan berkenaan tarikh,tempat dan masa untuk menjalankan aktiviti tersebut
-Walaupun sukar memilih masa yang sesuai tetapi akhirnya pemilihan tersebut diselesaikan
-Kami memilih hari Jumaat pada pukul 11 pagi untuk ke Mid Valley dan pada hari Khamis pukul 12 tengah hari untuk mencuba makanan daripada pelbagai kaum                                                     

AKTIVITI MENONTON WAYANG
-Berkumpul di perhentian bas di depan KAB
-Semua ahli kumpulan memakai pakaian berwarna hitam untuk menunjukkan  identiti kumpulan semasa menjalankan aktiviti ke Mid Valley
-Setelah tiba di Mid Valley,kami ke kaunter untuk membeli tiket kerana perlu beratur panjang
-Kami telah memilih untuk menonton cerita yang bertajuk “Don’t be Afraid Of The Dark”
-Sesudah habis menonton wayang,kami berjalan-jalan disekitar Mid Valley dan bertolak pulang ke UKM pada pukal 5 petang

AKTIVITI  MENGENALI MAKANAN PELBAGAI KAUM
-Berkumpul di Pusanika pada pukul 12 tengah hari
-Memilih makanan di Kafe Pusanika kerana di sana terdapat pelbagai jenis makanan seperti makanan melayu,cina dan india
-Semua ahli bebas memilih makanan mengikut citarasa masing-masing.Setelah memilih makanan,semua  makanan dikumpulkan diatas satu  meja
-Selepas bergambar,kami menikmati makanan masing-masing
-Kami pulang ke kolej masing-masing selepas selesai makan tengah hari di Pusanika

MINGGU KE-12
-Berkumpul di Dewan Kuliah 2 untuk berbincang tentang laporan yang perlu dihantar berkaitan aktiviti yang telah dijalankan
-Ketua kumpulan membahagikan item-item yang perlu ada dalam laporan kepada semua ahli kumpulan
-Semua ahli kumpulan perlu menyumbangkan tenaga dalam menyiapkan laporan tersebut
-Setelah siap,tugasan tersebut perlu dihantar melalui email kepada ketua kumpulan untuk disatukan

MINGGU KE-13
-Laporan  dihantar kepada pensyarah oleh ketua kumpulan


Penjelasan Bagaimanakah kemahiran-kemahiran Kursus Pembangunan Diri telah diaplikasi dan dipraktikkan oleh setiap ahli kumpulan.
1)Kemahiran komunikasi sesama ahli kumpulan
-kemahiran ini diaplikasikan melalui peranan ketua kumpulan yang membahagi-bahagikan tanggungjawab kepada ahli kumpulan.
-ketua kumpulan menggunakan bahasa yang baik dan efektif, padat dan jelas agar ahli kumpulan dapat memahami tugas yang perlu dilaksanakan.

2)Kemahiran kerja secara berpasukan
-melalui aktiviti yang dijalankan, setiap ahli kumpulan melaksankan tugas secara bersama-sama.
-contohnya,ahli kumpulan menunjukkan semangat bekerjasama sepanjang perjalanan aktiviti.

3)Kemahiran berfikir
-melalui aktiviti yang dijalankan, ahli kumpulan dapat berfikir secara kritis dengan menilai, membezakan dan menyoal sama ada sesuatu perkara benar atau salah.
-contohnya, melalui filem yang ditonton, setiap ahli kumpulan lebih berhemat dan bertanggungjawab dengan kesilapan yang dilakukan.

4)Kemahiran penyelesaian masalah
-kemahiran ini diaplikasikan melalui aktiviti menonton wayang yang memberi mesej tentang cara menyelesaikan masalah.
-contohnya, menyelesaikan masalah secra kreatif dengan meminta pendapat dari kumpulan lain.

5)Kemahiran Kepimpinan
-kemahiran ini ditunjukkan melalui peranan ketua kumpulan yang memipin ahli kumpulan bagi melaksanakan tugasan yang diberikan seperti yang dirancang.Ahli kumpulan yang lain juga berkeyakinan bahawa mereka juga mampu memimpin kelak.

6)Kemahiran kerja berkumpulan
-diaplikasikan apabila ketua kumpulan membahagikan tugasan kepada setiap ahli kumpulan.

7)Kemahiran membuat keputusan
-ahli kumpulan secara bersama-sama membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

8)Kemahiran pengurusan maklumat
-kemahiran ini diaplikasikan melalui aktiviti pencarian maklumat tentang tempat menonton wayang melalui internet bagi melancarkan perjalanan aktiviti.

9)Kemahiran merancang aktiviti
-menentukan aktiviti yang ingin dijalankan dan memilih aktiviti yang dapat memberikan pelbagai manfaat kepada ahli kumpulan dan memilih aktiviti yang mudah dijalankan.

10)Kemahiran menguruskan masa
-menentukan masa yang sesuai bagi melaksanakan aktiviti.
-ahli kumpulan menggunakan masa dengan sebaik mungkin agar semua aktiviti dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.


Kesimpulan
Berdasarkan,aktiviti dua hari kami mendapat pelbagai nilai-nilai murni.Kami juga dapat berkomunikasi dengan baik walaupun berlainan bangsa. Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan,dari sini kami mempelajari sifat kepimpinan berdasarkan pemilihan ketua kumpulan kami iaitu Ivy Lai. Beliau telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna dan aktiviti kami berjalan dengan lancar sepanjang hari itu. Selain itu,kami juga dapat merapatkan jurang antara kaum dimana kumpulan kami terdiri daripada melayu dan cina. Dengan terjalinnya hubungan ini kami dapat bekerjasama menjalankan aktiviti ini tanpa sebarang halangan serta kami mengenali setiap ahli kumpulan dengan lebih rapat seperti kegemaran,citarasa dan lain-lain bagi setiap ahli tersebut. Pengajaran yang kami dapat daripada cerita 'Don`t be Afraid of Dark' ialah kepercayaan. Kita haruslah saling mempercayai antara satu sama lain.Hal ini membolehkan secara tidak langsung sifat kepercayaan dapat diterapkan di kalangan ahli kumpulan.

Pada aktiviti hari kedua,kami menikmati pelbagai jenis makanan contohnya makanan India,makanan Cina,makanan Melayu dan makanan Perancis. Aktiviti ini memupuk sifat berkumpulan dimana kami makan secara berkumpulan dan makan bersama-sama walaupun berlainan bangsa dan agama. Hal ini dapat mengeratkan hubungan antara ahli kumpulan kami. Selain itu, kami sebagai satu kumpulan akan terus berhubung rapat antara satu sama lain tanpa menjadikan perbezaan dari segi bangsa,agama,gaya hidup serta warna kulit sebagai penghalang. Secara tidak langsung, aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan memberi pelbagai faedah serta manfaat yang berguna kepada kumpulan kami. Hubungan yang sedia terjalin ini dapat membantu kami pada masa akan datang. Diharapkan aktiviti yang dilaksanakan ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.


Cadangan
1.   -Aktiviti dijalankan bersama  bersama kumpulan supaya dapat mengenali  antara satu sama lain dengan lebih mendalam .
-Aktiviti seperti di Midvalley juga boleh melibatkan penggambaran dengan barang – barang kesukaan masing – masing .
-Aktiviti makan bersama boleh juga melibatkan nyanyian karaoke ataupun suka ria berbentuk “barbeque” .  Ini akan menambahkan lagi kemesraan dan keakraban antara ahli kumpulan
-Aktiviti makan bersama juga boleh juga melibatkan ahli kumpulan lain dengan bersama – sama mendapatkan satu dana , dan di adakan satu makan besaran di tempat yang sesuai – boleh juga sekitar UKM – asalkan mempunyai persefahaman antara ahli kumpulan .
-Malah , aktiviti ke Midvalley ataupun ke pusat membeli-belah  lain boleh juga digabungkan dengan aktiviti makan bersama . Ia akan menjadi lebih fleksibel , mudah dan lebih ceria . Tambahan , akan menambahkan lagi keakraban dan kefahaman antara ahli kumpulan .


Senarai rujukan
Pembangunan diri, Pusat Pengajian Umum, UKM, Bangi, 2011




Lampiran 1 :

Lampiran 2::


Lampiran 3: Gambar-gambar


Aktiviti 1 (Midvalley):



Aktiviti 2 (Pusanika):